Tuesday, October 6, 2020

 

DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM


SESI JUN 2020


KELEBIHAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG DI KALANGAN PELBAGAI KAUM


NAMA PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI NAWAWI


NAMA

NOMBOR PENDAFTARAN

UMMI MAISARAH BINTI ZULKARNAEN

02DBS18F1003

NURALIYA NATASHA BINTI HALMY

02DBS18F1013

NURUL WAHIDA BINTI HANAPI

02DBS18F1031

FATIN NUR’AFINI BINTI ROSLAN

02DBS18F1041



ISI KANDUNGAN


1.0              PENGENALAN

2.0              OBJEKTIF

3.0              KEPENTINGAN GOTONG-ROYONG DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM

4.0              KELEBIHAN GOTONG-ROYONG

5.0              CONTOH AMALAN GOTONG-ROYONG

6.0    USAHA YANG DAPAT DILAKUKAN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI GOTONG-ROYONG


7.0            PUNCA AMALAN BERGOTONG ROYONG MAKIN PUDAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT

8.0              KESIMPULAN

9.0              RUJUKAN

10.0          LAMPIRAN


AMALAN GOTONG-ROYONG DI KALANGAN PELBAGAI KAUM



1.0              PENGENALAN

Persekitaran yang bersih , kondunsif dan selamat sangatlah penting supaya dapat mewujudkan keadaan yang tenang kepada kita semua. Antara salah satu cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan mengadakan gotong royong.Gotong royong adalah sesuatu sikap dan kegiatan yang dilakukan oleh sekumpulan atau masyarakat secara kerjasama ataupun tolong menolong dalam melakukan pembersihan dengan sukarela tanpa ada sebarang paksaan. Ia juga merupakan sebahagian daripada cara hidup atau adat resam dalam masyarakat khususnya apabila adanya kenduri perkahwinan, perayaan, mahupun sesuatu majlis. Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengar aktiviti gotong-royong acapkali diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” merupakan kata yang dapat dijadikan contoh bahawa nilai perpaduan dan kerjasama itu sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Justeru, hubungan silaturrahim dikalangan kaum juga dapat dieratkan dengan adanya aktiviti ini. Gotong-royong adalah amalan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasama dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.

 

Istilah gotong royong adalah berasal dari negara Indonesia. Ianya bermaksud sebuah kerja sama atau bekerja secara kelompok antara sejumlah warga masyarakat untuk menyelesaikan sesuatu atau pekerjaan tertentu yang dianggap berguna untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama. Kebiasaanya amalan gotong royong ini selalunya dapat dilihat di kawasan luar bandar dan jarang untuk orang-orang bandar mengamalkan amalan ini. Oleh sebab itu, semangat kejiranan makin pudar untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di Negara ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara jiran-jiran serta ianya dapat mengeratkan perpaduan di antara kaum.


2.0              OBJEKTIF


Ø  Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain.


Ø  Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama dan bangsa.


Ø   Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.


Ø  Memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan  terhadap komuniti di persekitaran.


3.0  KEPENTINGAN GOTONG-ROYONG DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM

       Umum mengetahui, gotong royong merupakan amalan yang sangat mulia. Kerana ianya merupakan satu amalan yang membantu antara satu sama lain serta merupakan satu amalan yang dapat memudahkan pekerjaan orang lain. Sekiranya amalan gotong royong ini dipupuk dalam kalangan masyarakat ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu; " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itu adalah prinsip gotong-royong.

            Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum. Gotong royong adalah salah satu cara untuk rakyat Malaysia berinteraksi dan tolong menolong antara satu sama lain. Pada zaman yang penuh dengan teknologi mewah contohnya seperti smart phone ini, rakyat Malaysia makin kurang berinteraksi di antara satu sama lain dan juga kurang untuk membantu antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan jiran tertangga atau kawan kawan kurang berinteraksi, malah dengan keluarga sendiri juga tidak ada komunikasi. Hal ini sangat membimbangkan kerana ianya boleh menyebabkan kurang persefahaman di antara satu sama lain. Kurang berinteraksi juga akan menyebakan hubungan sesuatu keluarga itu renggang dan kurang bantu membantu jugak akan menyebabkan amalan mulia ini akan pudar dan hilang dimakan zaman.


4.0          KELEBIHAN GOTONG-ROYONG


                    i.            Menghidupkan semangat kejiranan.

Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara lebih dekat. Selepas  terlaksananya aktiviti ini , kita akan mudah terbiasa dengan jiran kita, terutamanya yang baru berpindah ke kawasan perumahan kita. Apabila Pembahagian tugas dilakukan, ia akan dapat membuatkan semua orang merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.

 

                  ii.            Mewujudkan perpaduan kaum.

Di kalangan rakyat Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan sesuatu program, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan damai

 

 

                iii.            Membantu menjaga alam sekitar.

Dalam agama Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim.

Contohnya, gotong-royong antara  kaum di sekitar kawasan perumahan dapat membersih dan menceriakan kawasan perumahan dan memupuk nilai mencintai keindahan alam sekitar serta mementingkan kebersihan. Malah ia dapat memberi kita pemandangan yang cantik dan menjadi tempat yang selesa untuk didiami.

 

                iv.            Memupuk sebuah masyarakat yang bertanggungjawab.

Aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama,bertolak ansur dan kerajinan.


 

5.0              CONTOH AMALAN GOTONG-ROYONG

                                 i.            Gotong-royong di kawasan sekolah.

Ø  Aktivti ini diadakan di sekolah bagi memupuk semangat kerjasama antara para pelajar. 

                              ii.            Gotong-royong di kawasan perumahan.

Ø  Aktiviti ini dijalankan bagi mengeratkan lagi silatulrahim antara penduduk kawasan perumahan. 

                            iii.            Gotong-royong di taman rekreasi.

Ø  Dengan adanya aktiviti ini nilai masyarakat harmoni dapat dibentuk serta orang ramai akan lebih selesa dalam melaukan aktiviti riadah.

                                                             


6.0  USAHA YANG DAPAT DILAKUKAN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI GOTONG-ROYONG

 

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Perpaduan antara masyarakat haruslah kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam dunia moden kini. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu usaha yang berguna untuk merapatkan hubungan silaturaahim antara kaum itu.


Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan.


Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya.


7.0           PUNCA AMALAN BERGOTONG ROYONG MAKIN PUDAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT


Antara faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat Malaysia kurang mengamalkan gotong-royong ialah kekurangan masa. Di Malaysia, faktor masa penting dalam kehidupan seharian. Hal  Ini kerana ramai masyarakat Malaysia menghabiskan sebahagian besar dari masanya bekerja untuk mencari rezeki. Jika masyarakat Melayu tidak mengejar masa, mereka sendiri akan rugi. Ini kerana persaingan di Malaysia amat sengit. Oleh kerana masyarakat Melayu mahu mementingkan masa, nilai gotong-royong yang selama ini menjadi kebanggaan mereka akan diabaikan. Ini kerana kegiatan bergotong-royong ini memerlukan banyak masa. 


Selain daripada itu, bantuan teknologi juga mendorong masyarakat Melayu kurang mengamalkan gotong-royong. Dengan bantuan teknologi, setiap aktiviti atau pekerjaan boleh dilakukan secara ringkas dan mudah. Jika dahulu, masyarakat Melayu menggunakan tenaga manusia untuk menebas hutan, kini mereka hanya memerlukan jentolak. Jika dahulu kita menggunakan khidmat kendarat untuk menghidangkan makanan di majlis perkahwinan, kini mereka menggunakan cara bufet.


Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong masyarakat Melayu kurang mangamalkan semangat gotong-royong. Kini masyarakat Melayu dipengaruhi oleh budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan kebendaan, bayaran dan ganjaran. Oleh itu, setiap pekerjaan yang dibuat haruslah diberi ganjaran. Nilai ini bertentangan dengan nilai gotong-royong. Nilai gotong-royong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa dan tenaga dengan tujuan membantu dan beramal. Namun demikian, masa dan keadaan tidak menggalakkan masyarakat melayu untuk bergotong-royong.



8.0      KESIMPULAN

Kesimpulannya, aktiviti bergotong-royong ini amat penting, lebih-lebih lagi Malaysia merupakan Negara yang kaya dengan pelbagai kaum serta etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala. Aktiviti bergotong-royong juga memberikan faedah yang banyak kepada kita. Kita juga dapat mengenal mereka dengan lebih mendalam. Aktiviti tersebut juga menjadikan semangat dalam diri kita lebih berkobar-kobar untuk membina Ukhwah Fillah antara kaum-kaum yang lain. Dengan terjalinnya hubungan silaturahim yang kukuh ini, Negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi kukuh. Maka dengan perpaduan yang lebih kukuh yang dibangunkan oleh pegangan semua kaum, ianya dapat mewujudkan Negara Malaysia yang harmoni dan sejahtera serta wawasan 2020 dapat dilaksanakan. Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi pelajar-pelajar yang masih dibangku sekolah lagi. Bak kata pepatah melayu “ melentur buluh biarlah dari rebungnya “ . Ini kerana amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi supaya kesannya akan dilihat suatu hari kelak nanti umpama “alah bias tegal biasa “ . Silaturahim yang diwujudkan daripada aktiviti bergotong-royong juga dapat menghubungkan kembali hubungan yang telah terputus. Islam juga melarang kita memutuskan sesuatu ikatan silaturahim tetapi mengajarkan kita untuk membaiki lebih baik untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara kaum-kaum yang lain serta menghormati agama mereka. Maka tutuplah kalam terakhir dari kami dan sekian terima kasih.

9.0 RUJUKAN

    1. Rujukan melalui internet

10.0              LAMPIRAN

·         Keratan akhbar


 

·         Dalil berkenaan gotong-royong


·         Artikel


·         Video












No comments:

Post a Comment

  DUA 6022: KOMUNIKASI DAN   PENYIARAN ISLAM SESI JUN 2020 KELEBIHAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG DI KALANGAN PELBAGAI KAUM NAMA PENSYA...